Wednesday, 7 January 2015

Moist Chocolate Cake Recipe

Posted by Shiera Leo at 18:49
Assalamualaikum.

Harini tetiba aku rasa nak share resipi. Orang yang kenal aku tau, yang aku ni bukan jenis yang suka masak and baking. Actually aku suka je baking ni, tapi kemalasan mengatasi segalanya haha. And haritu aku rasa nak buatkan kek untuk housemates and usrahmates aku. Aku dah pernah dua tiga kali jugak buat chocolate cake ni, tapi resipi aku main google je. Kali ni aku mintak resipi dengan senior aku. And kali ni aku dapat pujian yang mendadak dari kawan2 aku muahaha. *kembang hidung*

Resipi ni agak complicated berbanding resipi2 yang aku guna sebelum ni. Tapi telah terbukti resipi ni akan menghasilkan kek yang jauh lebih sedap gitewww. Ni yang aku buat semalam.

Meleleh tak?

Gemok gebu macam pipi aku haha.

So tanpa melengahkan masa, meh aku kongsikan resipinya.

Bahan A :

1 cawan gula
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan tepung coklat
1/2 cawan susu pekat

Bahan B :

3 biji telur
1 teaspoon esen vanilla

Bahan C :

1 cawan tepung gandum
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon soda
1/2 teaspoon garam halus

Cara-cara :

1. Campurkan semua bahan A dalam periuk dan kacau atas api perlahan. Ni just untuk sebatikan adunan. Jangan sampai mendidih pulak adunan tu. Then sejukkan sekejap.

2. Pukul bahan B.

4. Ayak bahan C. Tapi aku malas. Campur je semua terus haha.

3. Masukkan bahan A ke dalam bahan B. Kacau sebati.

5. Then masukkan bahan C sedikit demi sedikit and kacau.

Korang boleh bakar or kukus kek ni. Aku lebih prefer kukus sebab banyak kelebihannya. Yang paling ketara, kek korang akan jadi lebih moist kan.

Okay selamat mencuba!

Nanti kalau korang dah try buat, share dengan aku okay.

Okbai.


3 comments:

finn on 27 January 2015 at 19:32 said...

woah.. yummy ahh. thx for sharing eva :D

KHADIJAH MOHAMED on 7 April 2015 at 10:05 said...

sedapnya.. salam perkenalan dari akak :)

farrah hanim on 30 April 2015 at 17:00 said...

wowww wowww ... ni nak try jugak ni !! ohohohoh!

 

The Perks of being Eva Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos